Tuesday 19 June 2012

KURSUS MEMBINA BLOG
IAB telah melaksanakan kursus ICT untuk pemimpin Instruksional bagi penolong-penolong kanan PPD Machang pada 19-21 Jun 2012. Seramai 32 orang peserta telah menghadiri kursus yang dikendalikan oleh 3 orang pensyarah Kanan IAB.Objektif kursus adalah untuk memahami konsep kepimpinan instruksional, menerapkan kemahiran pencarian, perkongsian dan penyampaian maklumat, kaedah penulisan web, membina blog, persembahan berkesan, pemantauan dan penilaian pelaksanaan ICT organisasi dan pelan penggunaan ICT sekolah. Melalui slot pembinaan blog, peserta diberi peluang untuk menghasilkan blog sendiri dengan menekankan kemahiran memasukkan teks, imej dan video. Semangat dan kesungguhan peserta, membolehkan kursus itu dapat dijalankan dengan jayanya. Kerjasama PPD Machang dan SMK Machang (tempat berlangsungnya kursus), pihak IAB mengucapkan terima kasih.

Wednesday 30 May 2012

Kursus ICT di Dungun
Kursus ICT untuk Pemimpin Instruksional di PKG Seri Dungun, Terengganu pada 29-31 Mei 2012 berjaya dilanksanakan dengan sempurna. Seramai 30 orang yang terdiri daripada Guru Besar terlibat dengan kursus tersebut. Peserta menunjukkan minat dan memberi komitmen tinggi dalam melalui setiap sesi yang dilaksanakan. Aktiviti yang melibatkan perbincangan, perbengkelan, hands on dan pembentangan mendapat sambungan yang sangat positif. Semoga kursus ini menjadi pencetus kepada pelaksanaan pembudayaan ICT di peringkat sekolah masing-masing. Tahniah. Selamat maju jaya.

Tuesday 29 May 2012

Lagu senandung malam yang didedndangkan oleh Tan Sri P. Ramlee membawa kita ke suatu kenangan lalu yang tidak dapat dilupakan. Hayati sepenuhnya lagu tersebut.
Membina blog
Peserta kursus berminat untuk mengetahui cara membina blog. Namun kelembapan internet mengganggu konsentrasi peserta. Teruskan usaha, insya Allah berjaya.

Kursus ICT di PKG Seri Dungun

Bangau oh bangau!
Hayati ungkapan lagu tradisional melayu supaya menjadi pedoman dalam melaksanakan pengurusan di sekolah.

Saturday 26 May 2012

Kursus ICT untuk Pemimpin Instruksional
Jabatan Pengurusan ICT dan Multimedia, IAB akan mengadakan kursus ICT untuk Pemimpin Instruksional di PKG Seri Dungun, Terengganu pada 29-31 Mei 2012. Sasaran peserta adalah guru-guru besar dalam PPD Dungun. Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta tentang konsep kepimpinan instruksional, dasar ICT dalam pendidikan, pencarian, perkongsian dan penyebaran maklumat, pemantauan dan penilaian program ICT dan aktiviti hands on berkaitan dengan pembinaan blog. Kami mengalu-alukan kehadiran tuan puan ke kursus tersebut.

Tuesday 8 May 2012

Bengkel Pemurnian Instrumen Kompetensi ICT Pemimpin Pendidikan
Genting Highlands, Jabatan Pengurusan ICT dan Multimedia, IAB akan melaksanakan bengkel pemurnian instrumen kompetensi ICT pemimpin pendidikan pada 9-11 Mei 2012. Tujuan bengkel itu adalah untuk mewujudkan satu set instrumen untuk mengukur tahap kompetensi ICT dalam kalangan pemimpin pendidikan. KPM telah membekalkan inisiatif ICT ke sekolah-sekolah melalui penyediaan makmal komputer, komputer, laptop (PPSMI) dan pelbagai kemudahan akses internet dengan harapan ICT dapat diperkasakan dalam proses pengurusan dan pentadbiran(PDT)  serta proses pengajaran dan pembelajaran(PDP). Namun didapati, penggunaan ICT oleh guru dan pelajar tidak pada tahap maksima. Mengapa ini berlaku? Ada banyak sebab, mungkin sumber manusia, mungkin perkakasan, atau kawasan liputan yang terhad. Walau bagaimana, KPM juga telah banyak melatih para guru mengenai penggunaan ICT untuk mengintergrasikannya dalam proses PDP. Tetapi, hasilnya tidak seberapa. Oleh itu, tidak cara lain untuk memastikan ICT dibudayakan dalam proses PDT serta PDP melainkan mengerakkan pemimpin sekolah. Masalahnya adakah pihak pengurus sekolah celik ICT ? Apakah tahap kompetensi ICT yang dimiliki oleh mereka? Sehingga kini, KPM masih tidak mempunyai data./ kajian yang boleh menunjukkan tahap kompetensi ICT pemimpin pendidikan. Jadi IAB mengambil peranan itu untuk menghasilkan satu set instrumen bagi melihat tahap kompetensi pemimpin pendidikan. Bengkel tiga hari itu akan disertai oleh bahagian-bahagian KPM terdiri daripada :
Bahagian Pendidikan Guru
            Institut Pendidikan Guru Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Bahagian Teknologi Pendidikan
Bahagian Pendidikan Islam
Bahagian Pendidikan Khas
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian
Nasir Sekolah
 

Monday 23 April 2012


Pelan Pelaksanaan 1Bestarinet IAB
 
1BestariNet memberi fokus kepada end to end solution dengan komponen utama adalah capaian internet dan perkhidmatan VLE untuk warga sekolah.  Setiap pelajar akan dibekalkan dengan akaun bagi membolehkan VLE diakses dengan mudah.

Peruntukan yang besar dibelanjakan oleh kerajaan adalah semata-mata untuk membolehkan ICT benar-benar dapat dibudayakan dalam PDP dan PDT. Melalui 1Bestarinet diharapkan anak-anak pelajar dan warga pendidikan dapat mengakses maklumat dengan stabil melalui bekalan lebar jalur antara 2Mbps - 4Mbps (3,324 sekolah), 4Mbps - 10Mbps (6,619 sekolah). Guru pula dapat memberi fokus kepada integrasi ICT dalam PDP dan bukan lagi mengurus penyelenggaraan komputer. Bahan-bahan pembelajaran boleh diperolehi daripada platform tunggal yang menggunakan VLE. Selain itu, dalam pengurusan dan pentadbiran aplikasi juga dapat dilaksanakan dalam satu platform yang terurus. Dengan kata lain, sekolah diberi autonomi untuk menguruskan ICT di premis masing-masing.

Bagi memastikan projek itu berjalan lancar, satu pelan tindakan 1Bestarinet telah dibentuk dengan melibatkan lima komponen utama, iaitu:
a)    dasar,
b)    pedagogi dan latihan,
c)    bahan pengajaran,
d)    kurikulum dan pentaksiran,
e)    infrastruktur(rangkaian dan peralatan).

Semua bahagian di KPM diberi peranan untuk memastikan projek tersebut benar-benar memberi manafaat kepada pelajar-pelajar dan warga pendidik. IAB diberi peranan dalam bidang pedagogi dan latihan bagi melatih pemimpin sekolah menggunakan pembelajaran maya (VLE) secara maksima. Untuk menyahut seruan kerajaan, IAB melalui Pusat Penyelidikan, Penilaian dan ICT (PPICT) telah merangka satu pelan tindakan bagi menjayakan pelaksanaan 1Bestarinet. Antaranya:

a)    Melibatkan diri dengan mesyuarat di peringkat tertinggi di KPM.
b)    Taklimat 1Bestarinet kepada pensyarah Pusat PPICT
c)    Taklimat 1Bestarinet kepada warga IAB
d)    Mesyuarat penyelarasan kursus ICT IAB
e)    Membina instrumen tahap kompetensi ICT pemimpin sekolah untuk kajian keperluan (need analiysis)
f)     Membentuk satu pasukan jurulatih VLE di peringkat IAB.
g)    Mengikuti latihan TOT mengenai penggunaan frog VLE untuk jurulatih
h)   Menyebarluas maklumat mengenai 1Bestarinet melalui emel kepada pensyarah IAB, menampalkan maklumat di papan kenyataan IAB dan taklimat 1Bestarinet kepada peserta yang mengikuti Kursus ICT anjuran IAB.
i)     Memantau latihan frog VLE yang dilaksanakan oleh Syarikat YTL (syarikat yang mendapat tender 1Bestarinet)
j)     Memantau penggunaan VLE oleh sekolah-sekolah.

Melalui usaha-usaha yang dilakukan itu, diharap 1Bestarinet dapat mengatasi beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar dan warga pendidik dalam mengakses maklumat, mengintergarasi ICT dalam PDP dan PDT serta dapat melonjak Pembudayaan ICT abad ini. Penyaluran maklumat mengenai program kerajaan kepada Pengetua dan Guru Besar melalui kursus-kursus ICT anjuran IAB juga diharap dapat menggerakkan warga sekolah untuk menggunakan inisiatif ICT secara maksima.

Teknik Mencari Maklumat

Mencari maklumat dalam Internet bukanlah satu tugas yang mudah terutamanya bagi mendapatkan maklumat yang khusus. Ini kerana Internet mengandungi terlalu banyak maklumat dan maklumat ini tidak disusun secara sistematik. Untuk membantu pengguna mencari maklumat secara sistematik, ia perlu melalui beberapa proses berikut, iaitu:
  • Fasa 1 : Menentukan objektif dan skop pencarian
  • Fasa 2 : Membuat strategi pencarian
  • Fasa 3 : Malakukan pencarian
  • Fasa 4 : Mengumpul dan menilai hasil pencarian
  • Fasa 5 : Pengubahsuaian strategi