Monday 23 April 2012


Pelan Pelaksanaan 1Bestarinet IAB
 
1BestariNet memberi fokus kepada end to end solution dengan komponen utama adalah capaian internet dan perkhidmatan VLE untuk warga sekolah.  Setiap pelajar akan dibekalkan dengan akaun bagi membolehkan VLE diakses dengan mudah.

Peruntukan yang besar dibelanjakan oleh kerajaan adalah semata-mata untuk membolehkan ICT benar-benar dapat dibudayakan dalam PDP dan PDT. Melalui 1Bestarinet diharapkan anak-anak pelajar dan warga pendidikan dapat mengakses maklumat dengan stabil melalui bekalan lebar jalur antara 2Mbps - 4Mbps (3,324 sekolah), 4Mbps - 10Mbps (6,619 sekolah). Guru pula dapat memberi fokus kepada integrasi ICT dalam PDP dan bukan lagi mengurus penyelenggaraan komputer. Bahan-bahan pembelajaran boleh diperolehi daripada platform tunggal yang menggunakan VLE. Selain itu, dalam pengurusan dan pentadbiran aplikasi juga dapat dilaksanakan dalam satu platform yang terurus. Dengan kata lain, sekolah diberi autonomi untuk menguruskan ICT di premis masing-masing.

Bagi memastikan projek itu berjalan lancar, satu pelan tindakan 1Bestarinet telah dibentuk dengan melibatkan lima komponen utama, iaitu:
a)    dasar,
b)    pedagogi dan latihan,
c)    bahan pengajaran,
d)    kurikulum dan pentaksiran,
e)    infrastruktur(rangkaian dan peralatan).

Semua bahagian di KPM diberi peranan untuk memastikan projek tersebut benar-benar memberi manafaat kepada pelajar-pelajar dan warga pendidik. IAB diberi peranan dalam bidang pedagogi dan latihan bagi melatih pemimpin sekolah menggunakan pembelajaran maya (VLE) secara maksima. Untuk menyahut seruan kerajaan, IAB melalui Pusat Penyelidikan, Penilaian dan ICT (PPICT) telah merangka satu pelan tindakan bagi menjayakan pelaksanaan 1Bestarinet. Antaranya:

a)    Melibatkan diri dengan mesyuarat di peringkat tertinggi di KPM.
b)    Taklimat 1Bestarinet kepada pensyarah Pusat PPICT
c)    Taklimat 1Bestarinet kepada warga IAB
d)    Mesyuarat penyelarasan kursus ICT IAB
e)    Membina instrumen tahap kompetensi ICT pemimpin sekolah untuk kajian keperluan (need analiysis)
f)     Membentuk satu pasukan jurulatih VLE di peringkat IAB.
g)    Mengikuti latihan TOT mengenai penggunaan frog VLE untuk jurulatih
h)   Menyebarluas maklumat mengenai 1Bestarinet melalui emel kepada pensyarah IAB, menampalkan maklumat di papan kenyataan IAB dan taklimat 1Bestarinet kepada peserta yang mengikuti Kursus ICT anjuran IAB.
i)     Memantau latihan frog VLE yang dilaksanakan oleh Syarikat YTL (syarikat yang mendapat tender 1Bestarinet)
j)     Memantau penggunaan VLE oleh sekolah-sekolah.

Melalui usaha-usaha yang dilakukan itu, diharap 1Bestarinet dapat mengatasi beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar dan warga pendidik dalam mengakses maklumat, mengintergarasi ICT dalam PDP dan PDT serta dapat melonjak Pembudayaan ICT abad ini. Penyaluran maklumat mengenai program kerajaan kepada Pengetua dan Guru Besar melalui kursus-kursus ICT anjuran IAB juga diharap dapat menggerakkan warga sekolah untuk menggunakan inisiatif ICT secara maksima.

Teknik Mencari Maklumat

Mencari maklumat dalam Internet bukanlah satu tugas yang mudah terutamanya bagi mendapatkan maklumat yang khusus. Ini kerana Internet mengandungi terlalu banyak maklumat dan maklumat ini tidak disusun secara sistematik. Untuk membantu pengguna mencari maklumat secara sistematik, ia perlu melalui beberapa proses berikut, iaitu:
  • Fasa 1 : Menentukan objektif dan skop pencarian
  • Fasa 2 : Membuat strategi pencarian
  • Fasa 3 : Malakukan pencarian
  • Fasa 4 : Mengumpul dan menilai hasil pencarian
  • Fasa 5 : Pengubahsuaian strategi