Tuesday 8 May 2012

Bengkel Pemurnian Instrumen Kompetensi ICT Pemimpin Pendidikan
Genting Highlands, Jabatan Pengurusan ICT dan Multimedia, IAB akan melaksanakan bengkel pemurnian instrumen kompetensi ICT pemimpin pendidikan pada 9-11 Mei 2012. Tujuan bengkel itu adalah untuk mewujudkan satu set instrumen untuk mengukur tahap kompetensi ICT dalam kalangan pemimpin pendidikan. KPM telah membekalkan inisiatif ICT ke sekolah-sekolah melalui penyediaan makmal komputer, komputer, laptop (PPSMI) dan pelbagai kemudahan akses internet dengan harapan ICT dapat diperkasakan dalam proses pengurusan dan pentadbiran(PDT)  serta proses pengajaran dan pembelajaran(PDP). Namun didapati, penggunaan ICT oleh guru dan pelajar tidak pada tahap maksima. Mengapa ini berlaku? Ada banyak sebab, mungkin sumber manusia, mungkin perkakasan, atau kawasan liputan yang terhad. Walau bagaimana, KPM juga telah banyak melatih para guru mengenai penggunaan ICT untuk mengintergrasikannya dalam proses PDP. Tetapi, hasilnya tidak seberapa. Oleh itu, tidak cara lain untuk memastikan ICT dibudayakan dalam proses PDT serta PDP melainkan mengerakkan pemimpin sekolah. Masalahnya adakah pihak pengurus sekolah celik ICT ? Apakah tahap kompetensi ICT yang dimiliki oleh mereka? Sehingga kini, KPM masih tidak mempunyai data./ kajian yang boleh menunjukkan tahap kompetensi ICT pemimpin pendidikan. Jadi IAB mengambil peranan itu untuk menghasilkan satu set instrumen bagi melihat tahap kompetensi pemimpin pendidikan. Bengkel tiga hari itu akan disertai oleh bahagian-bahagian KPM terdiri daripada :
Bahagian Pendidikan Guru
            Institut Pendidikan Guru Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Bahagian Teknologi Pendidikan
Bahagian Pendidikan Islam
Bahagian Pendidikan Khas
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian
Nasir Sekolah
 

No comments:

Post a Comment