Wednesday 30 May 2012

Kursus ICT di Dungun
Kursus ICT untuk Pemimpin Instruksional di PKG Seri Dungun, Terengganu pada 29-31 Mei 2012 berjaya dilanksanakan dengan sempurna. Seramai 30 orang yang terdiri daripada Guru Besar terlibat dengan kursus tersebut. Peserta menunjukkan minat dan memberi komitmen tinggi dalam melalui setiap sesi yang dilaksanakan. Aktiviti yang melibatkan perbincangan, perbengkelan, hands on dan pembentangan mendapat sambungan yang sangat positif. Semoga kursus ini menjadi pencetus kepada pelaksanaan pembudayaan ICT di peringkat sekolah masing-masing. Tahniah. Selamat maju jaya.

Tuesday 29 May 2012

Lagu senandung malam yang didedndangkan oleh Tan Sri P. Ramlee membawa kita ke suatu kenangan lalu yang tidak dapat dilupakan. Hayati sepenuhnya lagu tersebut.
Membina blog
Peserta kursus berminat untuk mengetahui cara membina blog. Namun kelembapan internet mengganggu konsentrasi peserta. Teruskan usaha, insya Allah berjaya.

Kursus ICT di PKG Seri Dungun

Bangau oh bangau!
Hayati ungkapan lagu tradisional melayu supaya menjadi pedoman dalam melaksanakan pengurusan di sekolah.

Saturday 26 May 2012

Kursus ICT untuk Pemimpin Instruksional
Jabatan Pengurusan ICT dan Multimedia, IAB akan mengadakan kursus ICT untuk Pemimpin Instruksional di PKG Seri Dungun, Terengganu pada 29-31 Mei 2012. Sasaran peserta adalah guru-guru besar dalam PPD Dungun. Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta tentang konsep kepimpinan instruksional, dasar ICT dalam pendidikan, pencarian, perkongsian dan penyebaran maklumat, pemantauan dan penilaian program ICT dan aktiviti hands on berkaitan dengan pembinaan blog. Kami mengalu-alukan kehadiran tuan puan ke kursus tersebut.

Tuesday 8 May 2012

Bengkel Pemurnian Instrumen Kompetensi ICT Pemimpin Pendidikan
Genting Highlands, Jabatan Pengurusan ICT dan Multimedia, IAB akan melaksanakan bengkel pemurnian instrumen kompetensi ICT pemimpin pendidikan pada 9-11 Mei 2012. Tujuan bengkel itu adalah untuk mewujudkan satu set instrumen untuk mengukur tahap kompetensi ICT dalam kalangan pemimpin pendidikan. KPM telah membekalkan inisiatif ICT ke sekolah-sekolah melalui penyediaan makmal komputer, komputer, laptop (PPSMI) dan pelbagai kemudahan akses internet dengan harapan ICT dapat diperkasakan dalam proses pengurusan dan pentadbiran(PDT)  serta proses pengajaran dan pembelajaran(PDP). Namun didapati, penggunaan ICT oleh guru dan pelajar tidak pada tahap maksima. Mengapa ini berlaku? Ada banyak sebab, mungkin sumber manusia, mungkin perkakasan, atau kawasan liputan yang terhad. Walau bagaimana, KPM juga telah banyak melatih para guru mengenai penggunaan ICT untuk mengintergrasikannya dalam proses PDP. Tetapi, hasilnya tidak seberapa. Oleh itu, tidak cara lain untuk memastikan ICT dibudayakan dalam proses PDT serta PDP melainkan mengerakkan pemimpin sekolah. Masalahnya adakah pihak pengurus sekolah celik ICT ? Apakah tahap kompetensi ICT yang dimiliki oleh mereka? Sehingga kini, KPM masih tidak mempunyai data./ kajian yang boleh menunjukkan tahap kompetensi ICT pemimpin pendidikan. Jadi IAB mengambil peranan itu untuk menghasilkan satu set instrumen bagi melihat tahap kompetensi pemimpin pendidikan. Bengkel tiga hari itu akan disertai oleh bahagian-bahagian KPM terdiri daripada :
Bahagian Pendidikan Guru
            Institut Pendidikan Guru Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Bahagian Teknologi Pendidikan
Bahagian Pendidikan Islam
Bahagian Pendidikan Khas
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian
Nasir Sekolah